MENYELENGGARA LESEN PERISIAN

Mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian

  • Tiap-tiap perisian mempunyai lesen tersendiri.Contohnya ,perisian syarikat seperti microsoft.
  • Boleh dikatakan kesemua perisian mempunyai lesen sendiri mengikut prosuder syarikat terbabit.
  • Terdapat juga syarikat yang hanya memberikan perisiannya secara percuma contohnya seperti LINUX dan STAR OFFICE.
  • Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak dicetak rompak berbanding dengan perisian percuma kerana lesen perisian tersebut adalah mahal.
  • Bagi perisian yang mempunyai lesen untuk memasang (install) sesuatu perisian,contohnya Microsoft Windows,kita mestilah mempunyai lesen yang sah supaya kita tidak dikenakan tindakan undang-undang.
  • Sehingga kini ,masih banyak syarikat-syarikat dan juga individu yang menggunakan perisian cetak rompak oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
  • Bagi mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian ,kita perlulah mengenalpasti dahulu mengenai perisian tersebutdan jenis lesen yang ingin digunakan.
  • Setelah itu kita perlulah mengetahui perbezaan antara lesen-lesen perisian yang ada.
  • lesen-lesen yang terdapat dipasaran mempunyai jenis-jenis yang berbeza. Jadi kita perlu mengenalpasti jenis-jenis lesen apakah yang perlu untuk sesebuah syarikat atau individu.
  • Selalunya ada 2 jenis lesen dikeluarkan iaitu OPEN LICENCES dan SINGLE LICENCES.
  • Bagi lesen-lesen untuk sesebuah syarikat pula jenis-jenis lesen seperti EDUCATIONAL LICENCES    ,CORPORATION LICENCES DAN BUSINESS LICENCES.

Mendapatkan lesen perisian / perisian naik taraf (upgrade)

  • Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian.
  • Untuk menaiktaraf perisian kepada versi yang baru perlulah mendapatkan lesen perisian tersebut yang terbaru.
  • Lesen perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ia terhad kepada versi yang lama sahaja.
  • Lesen mestilah memperbaharui lesen jika lesen yang sedia ada telah tamat tempoh. Ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dan pengeluar perisian. Mestilah mengikut prosuder yang telah ditetapkan,barulah ianya sah.
  mengenalpasti pencerobohan perisian
  • Bagi menguruskan sesuatu lesen perisian ,seseorang yang bertanggungjawab menjaga lesen haruslah peka mengenai lesen-lesen dan juga perjanjian yang telah dipersetujui. Contohnya seseorang juruteknik haruslah memberitahu mengenai status lesen perisian tersebut apabila lesen tersebut sudah hampir tamat tarikh penggunaannya.
  • Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan perisian dan lesen juga haruslah dilaporkan.Ini perlu supaya perisian yang digunakan terus berfungsi dengan sepatutnya dan tidak menganggu operasi yang lain.
mendokumentasi laporan lesen perisian (report)
  • Segala aktiviti-aktiviti perlulah direkodkan supaya senang dirujuk untuk senarai semak yang akan datang..
  • Setelah diteliti dan setiap kali diperiksa lesen perisian tersebut,juruteknit berkenaan haruslah membuat laporan dan juga senarai semak (checklist) bagi setiap kali pemeriksaan dan juga penggunaan lesen dan perisian tersebut.
  • Untuk membuat kedua-dua tugas tersebut ,juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosuder setiap lesen perisian yang berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s