Warranty

Pengenalan  ‘WARRANTY’

  • Warranty atau lebih dikenali dengan Jaminan. Maksud dan isi nya juga sama.
  • Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya ia kerosakan.
  • Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna dalam pembelian barangan.
  • Warranty tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan.
  • Pengguna perlu mendapatkan warranty secara bertulis supaya tidak mudah ditipu.
  • Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya warranty itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan.
  • Syarat-syarat yang dikenakan oleh pengeluar perlu diketahui supaya kita hanya akan meminta jaminan apabila komponen tersebut rosak adalah disebabkan kecuaian pengeluar yang mengeluarkan komponen yang tidak elok dan rosak.
TUJUAN atau SEBAB-SEBAB  ‘WARRANTY’
  1. Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan.
  2. Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak atau cacat.
  3. Supaya barang yang dijual sah.
  4. Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan.
  5. Supaya pelanggan memberi kepercayaan dalam barangan yang dikeluarkan.
SEBAB – SEBAB PENGELUAR  TIDAK MENGELUARKAN ‘WARRANTY’ YANG SAH
1) ‘KEENGGANAN’ penjual untuk memberi warranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu :
          a) barangan atau keluaran kurang kualiti atau langsung tidak bermutu.
               b) keluaran tersebut adalah barangan curi (barang panas).
                  c) barangan tersebut adalah tiruan atau local (tidak original).
                   d) barangan tersebut diseludup atau diimport  masuk dari negara-negara jiran.
                       e) barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru (modified lain).
2) Masalah mengenai warranty sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat warranty yang diberikan oleh peniaga atau pengeluar.
3) Pengguna tidak mengirim semula warranty kad tersebut
4) Oleh itu setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu.
**CONTOH-CONTOH WARRANTY CARD
Kad warranty raket badminton
Kad camera Nikon
Kad warranty barangan yamaha (motosikal)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s